Happy besday to me (11 August).. Happy besday to my dear, Noraini A Jamal (13 August). Besday kami this year agak suram selepas permergian ayahanda kepada Noraini, A Jamal B A Hamid pada 5 August yang lepas. Sayang, tabah k untuk menyambut hari ulang tahun dirimu yang ke 22 tanpa ayahanda tercinta buat pertama kali. Saya akan sentiasa ada di sisi ketika diperlukan. Saya sentiasa Cintakan awak. HAPPY BIRTHDAY TO US!
Wednesday, August 11, 2010
Sunday, July 25, 2010
Gadis Metro Di Karnival Gegaria Metro
Pada 24hb Julai yang lepas, CT Models & Beauty Studio diberi hak penganjuran untuk pertandingan gadis metro di karnival gegaria metro anjuran Harian Metro di Dataran Tanjung Emas, Muar. Rombongan kami bertolak dari Permas Jaya,JB pada jam 9 pagi seramai 17 org termasuk para model. Kami tiba di Dataran Tanjung Emas, Muar pada jam 12 tgh hari. Kami mengadakan pertandingan gadis metro di booth "RAP/ARENA". Pertandingan bermula jam 4 petang dan di hoskan oleh kumpulan Ketampi Raja Lawak. Pertandingan berjalan lancar dan mendapat sambutan meriah oleh pengunjung Karnival Gegaria. Ketika juri mengira pemarkahan sebelum penyampaian hadiah, kami berpeluang bermesra dengan artis yang hadir di booth "RAP/ARENA" utk mempromosikan album dan filem mereka antaranya ialah Sofaz, Kristal, Izwan Filus, Diana Danielle, Siti Sarah dan ramai lagi. Acara penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Kak Siti dari CT Models, dan Hanis dari Harian Metro. Sejurusnya tamat acara penyampaian hadiah kami terus berkemas dan pulang ke JB. Tahniah kepada para pemenang dan Terima Kasih kepada Harian Metro.








Monday, July 19, 2010
Rentak Juara 2010
Pada 17hb Julai 2010, aku berpeluang mengikuti rombongan penyokong D'ROUGH MIXTURE ke Seremban untuk menyaksikan aksi final Rentak Juara 2010 atas pelawaan Oge (Adik Nana). Kami bertolak jam 4 dari jb da tiba jam 8 di Seremban. Aksi final ini bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Komplek penyiaran Tunku Muhammad, RTM Seremban dan disiarkan secara langsung di RTM 2 Bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 11 malam. Aku berpeluang untuk menyaksikan aksi2 bertenaga para finalis, Enava, Enigmatic-6, Superfriends, D'rough Mixture, Alternature, Anthem, Car Crash Hearts, dan Brownees dari jarak dekat. Dan juga persembahan artis2 jemputan yg sgt menghiburkan oleh Ramli Sarip, Man Kidal, Fenomena, Aisunam, Azlan & The Typewriter dan juga Alleycats. Cuma aku bersetuju dengan kritikan dari salah seorang juri dan pengkritik yang mengatakan bahawa sound system di dlm dewan sgt mengecewakan. Kalau tidak persembahan para band dan artist jemputan tentu lebih MANTAP. Band yang kami sokong, D'rough Mixture hanya menduduki tangga ke-4 tetapi memenangi vocalist dan lagu terbaik. Ape2 pun aku akan tetap menyokong industri muszik tanah air. Sekian. TQ.





Friday, July 16, 2010
International Bridal Showcase
Berlabuh la sudah International Bridal Showcase Di Giant Hypermarket Plentong bermula dari 1hb Julai sehingga 11hb Julai 2010 anjuran CT Model & Beauty Studio dengan kerjasama Channel Event & Promotion dan Giant Hypermarket Plentong dan dirasmikan oleh YM Raja Norasyikin Hj Raja Ali, Ketua Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang pada 2hb Julai 2010. Antara Butik-butik pengantin dan rakan penyewa ialah ONE Dwi Nur Enterprise, SYURA Bridal House, Pondok Pesona Bridal Selection, Fables Bridal Couture, Venus Bridal Selection, Andaman Teluk Belanga Bridal, Sasa Essential, Alise Bridal Collection, Beriani House Kebun Teh, Andaman Sinar Pengantin. Majalah rasmi di taja oleh Tepak Sireh dan antara tajaan-tajaan lain ialah Putri Umno Bah. Pasir Gudang, Dorsett dan Estee-El. International Bridal Showcase adalah kali pertama diadakan di Giant Hypermarket Plentong dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung-pengunjung Giant. Di tambah pula dengan acara-acara menarik seperti Manhunt 2010, Jb Best Make Up Artist, Mask make over yang di anjurkan oleh Channel Event & Promotion, Kid Make Over yang di anjur kan oleh SASA Essential dan juga Puteri Anggun anjuran Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang. Acara penutup di meriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk pelanggan yang melanggan bridal2 ketika showcase berlangsung dan dimenangi oleh salah seorang pelanggan yg menempah pakej di SYURA Bridal House. Tahniah semua. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Sekian.
Tuesday, May 25, 2010
Kawan
Kawan. Apa erti kawan? Untuk apa berkawan? Kalau setakat just nak hepy2, senang je but xmo teman time susah baik x payah berkawan. Baik g layan PSP ke PS3 ke. Duk umah diam2. And ada jugak yang time senang, pergi kat kawan yang lain then time susah, mula lah nak merayu kat kawan yang lain pulak? Hadoiii, x payah! G mancing ikan sorang2 tepi laut sana. Hahaha. Kalau btol2 la nak berkawan, biar ikhlas, jujur and dengan niat yang baik. Time senang & susah kite hadap sama2. Baru lah boleh berkawan. Berkawan biar ramai, nak musuh? Bleh cari.. :) Ada paham mcm mana nak berkawan wahai kawan-kawan?
:)
Dedicate to all my friends out there!
:)
Dedicate to all my friends out there!
Tuesday, May 18, 2010
Noraini Abdul Jamal

Name tu sentiasa ada di hati ku kini. Kembali memberikan rasa CINTA yang dah lama hilang dari diri aku. Kini aku berdiri kembali untuk CINTA. Dunia yang agak lama dah aku tinggalkan. Dunia CINTA. Walau pada mula perkenalan aku hanya melihat beliau sebagai insan biasa x lebih daripada kawan-kawan aku yang lain. Tapi kini, beliaulah yang sentiasa di hati. Syg, Sy CINTAkan awak sangat-sangat. I will LOVE u till ehe end! ;)
Friday, April 2, 2010
R.I.P Pak Cik Din Beramboi
12.30 malam, April 02, 2010 Pak Cik Din Beramboi, iaitu pelawak dan celebriti yang terkenal di Malaysia telah pergi mengahadap ilahi. Aku amat berduka cita atas pemergian beliau. Beliau seorang yang kelakar, melawak dengan kreatif sehingga aku fikir tiada pelawak lain yang bisa seperti beliau. Lawak - lawak beliau walaupun berbunyi agak kasar kadang kala tapi dari pemikiran aku sebab itu lah lawak beliau amat menjadi dan yang mendengarnya amat terhibur. Beliau pandai menyesuaikan diri dengan situasi lawak yang beliau lakonkan. Dan lawak itu kebanyakan adalah spontan dari beliau. Jadi, pemergian beliau memang satu kehilangan bagi aku. Aku rindukan suara beliau setiap pagi di corong radio era bersama aznil. Aku rindukan lawak - lawak yang spontan beliau yang biasa di tatapkan untuk umum di tv. Aku akan sentiasa merindui Pak Cik Din Beramboi. Semoga roh beliau di cucuri rahmat.
Al - Fatihah~
Rest In Peace Pak Cik Din Beramboi.
Peminat Setia,
Qunalz
Al - Fatihah~
Rest In Peace Pak Cik Din Beramboi.
Peminat Setia,
Qunalz
Apakah semua ini?
Ku fikir ku telah memiliki semua darinya. Tapi aku hanya memiliki dirinya tanpa memiliki hatinya. rasanya tidak berguna jika tidak memiliki hatinya. Kenapa semua ini harus aku lalui? Aku bosan dengan keadaan seperti ini. Tidak mampu memiliki hatinya. Terasa diri ini terlalu bodoh. Perlukah aku melayan segalanya. Atau hanya berhenti dari mencintainya walaupun tinggi anganku bersamanya.
Apakah semua ini?
Qunalz
Apakah semua ini?
Qunalz
Wednesday, March 31, 2010
Cinta
Dari mata jatuh ke suara
Dari suara jatuh ke hati
Bila di hati rasa cinta
Mengapa harus ada cinta?
Mungkin tanpa cinta hidup tidak bermakna
Tapi cinta itu buta
Ada yang gila kerna cinta
Ada yang jadi pengemis kepada cinta
Memanglah x dpt dinafikan
Kehidupan tanpa cinta
Amat membosankan
Dari suara jatuh ke hati
Bila di hati rasa cinta
Mengapa harus ada cinta?
Mungkin tanpa cinta hidup tidak bermakna
Tapi cinta itu buta
Ada yang gila kerna cinta
Ada yang jadi pengemis kepada cinta
Memanglah x dpt dinafikan
Kehidupan tanpa cinta
Amat membosankan
Juliet
Juliet
Kau hadir saat ku menderita
Kau berikan kehidupan ku semula
Gelak tawa riangmu
Menjadi penghibur di hatiku
Juliet
Dikala kurasa hidupku kebosanan
kau datang memberiku pedoman
kau buat ku merasa aman
kau berikan ku semangat dgn penuh keyakinan
Juliet
Kulalui hari-hariku bersamamu
Terima kasih dariku untukmu
Kau permata ku yg bersinar
Yang menerangi kegelapan di setiap sudut hatiku
Kau hadir saat ku menderita
Kau berikan kehidupan ku semula
Gelak tawa riangmu
Menjadi penghibur di hatiku
Juliet
Dikala kurasa hidupku kebosanan
kau datang memberiku pedoman
kau buat ku merasa aman
kau berikan ku semangat dgn penuh keyakinan
Juliet
Kulalui hari-hariku bersamamu
Terima kasih dariku untukmu
Kau permata ku yg bersinar
Yang menerangi kegelapan di setiap sudut hatiku
Bintang
Bintang
Ku selalu memerhatikan
Bersinar di lautan angkasa
Penyeri di waktu malam
Namun hilang di siang hari
Tapi kau wahai bintangku
Tak pernah berhenti menyinariku
Bahkan sebagai penghibur hatiku
Bila ku gembira kau tersenyum
Bila ku bersedih kau disisi
Bayangkan jika kau tiada
Hilanglah sinar bintangku
Bagiku kau satu dalam seribu
Sukar kulepaskan dirimu
Kerna kau tetap bintangku
Selamanya.
Ku selalu memerhatikan
Bersinar di lautan angkasa
Penyeri di waktu malam
Namun hilang di siang hari
Tapi kau wahai bintangku
Tak pernah berhenti menyinariku
Bahkan sebagai penghibur hatiku
Bila ku gembira kau tersenyum
Bila ku bersedih kau disisi
Bayangkan jika kau tiada
Hilanglah sinar bintangku
Bagiku kau satu dalam seribu
Sukar kulepaskan dirimu
Kerna kau tetap bintangku
Selamanya.
Untuk Apa Blog?
Blog? Untuk apa blog ni? untuk manusia - manusia lain menatap kisah kehidupan kita? apa keseronokan ber"blogger" ini? aku pun tidak tahu kenapa terdetik hati aku ingin membuka akaun blogspot ni. walhal, tidak ada yang menarik pon yang aku ingin tatapkan kepada umum. memandangkan ini 1st time aku menaip di laman blogspt ini, suka aku ingin memperkenalkan diri aku kepada umum. nama aku zainal abidin, anak pertama daripada lima adik beradik dari perkongsian hidup En Abdul Malik Hassan dan Seti Zaleha Kasmin. aku lahir pada tahun 1985, bulan Ogos tanggal 11. tahap pendidikan aku tidak setinggi mana. menghabiskan masa sekolah rendah aku di SK Pasir Gudang 2 dan bersekolah menengah di SMK Pasir Gudang 1. aku menyambung pelajaran di Institut Latihan Perindustrian, Pasir Gudang untuk memiliki sijil teknologi instrumentasi perindustrian dan seterusnya menamatkan pengajian aku dalam diploma keusahawanan untuk "HR" di Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya. bekerja dalam bidang Oil & Gas untuk pembikinan planta minyak di Pasir Gudang sebagai QC Inspector untuk Electrical & Instrument. aku juga mempunyai sebuah syarikat kecil bagi khidmat jurugambar, pereka graphic & website, event menagement & consultant, dan juga modeling. hobi aku pula bermain dengan kamera DSLR aku, melayari alam maya internet ini, dan tidak lupa juga menulis nukilan isi hati aku. kelakar bunyinya. andai ada kesempatan aku cuba tatapkan hasil tulisan aku di blog ini untuk tatapan umum. insyaALLAH. cukup sudah aku rasa untuk yang pertama kali ini.
Thank You
Qunalz.
Thank You
Qunalz.
Subscribe to:
Posts (Atom)