Sunday, January 30, 2011

OneThreeZeroThreeTwoZeroDoubleOne

13.03.2011
Tarikh ni agak keramat sekarang bagi aku kerana tarikh aku akan bertunang dengan Noraini A Jamal yang telah dirisik oleh family aku pada 2.01.2011 yang lepas.
Berdebar-debar kerna aku akan melangkah ke satu keadaan yang lain dimana aku perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia mendirikan rumah tangga pula. Ketika bertunang ini juga ramai mengatakan saat-saat paling mencabar sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ketika ini kita akan lebih mengenali pasangan masing-masing dan memerlukan kesabaran dan sokongan moral yang tinggi dari kedua-dua belah keluarga.
Namun aku yakin kepada beliau. Aku akan mendapatkan kepesefahaman yang maximum dengan beliau sebelum kami berkahwin. Keputusan utk bertunang ini juga didorong oleh rasa cinta yang teramat sangat kepada beliau.
Disini, kepada sesiapa yang membaca aku mengharapkan doa kalian agar majlis pertunangan aku nanti akan berjalan lancar dan berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke jinjang perkahwinan dan seterus kekal sehingga akhir hayat.
Sekian.

Konsert Lawak Astro 2011

Bertempat di stadium tertutup MBJB telah berlansung konsert lawak yang dikelolakan oleh Astro. Konsert yang mengemukakan pelawak-pelawak yang terkenal di Malaysia itu bermula jam 9 mlm dan tamat jam 12 tgh mlm. Juga penampilan khas Rahmat Mega, Amy Search, Fabulous Cat dan Adibah Nor. Konsert yang dihoskan oleh 2 pasangan pelawak terkenal Malaysia, Jozan (Johan & Zizan) memang membuat seluruh stadium bergema dengan gelak ketawa apabila di sajikan oleh lawak-lawak spontan antaranya oleh Dato' Aziz Satar, Kumpulan Sepah, Sathiya, Yassin, Apek, dan ramai lagi.
Kami HAVOC COMMUNITY bertuah kerana mendapat jemputan VIP melalui cable kuat kami, Mr Alan Channel Event & Promotion dan juga En Hamzah. Walaupun masuk ke konsert berkenaan adalah percuma namun jemputan VIP adalah dikhaskan utk duduk di hadapan pentas utama. Terima kasih kepada Mr Alan & Mr Hamzah.




Friday, January 7, 2011

Two Zero Double One

Two Zero Double One (2011)
Selamat tahun baru 2011. wah lame betul aku x update blog nie. Ape2 pon kenangan 2010 tetap terpahat dihati and 2011 sesuatu yang lebih mencabar akan menanti. Tahun ni gak aku akan bertunang dengan buah hati kesayangan ku, Noraini A Jamal, dalam perancangan bulan 3. Family aku pon dah merisik pada 2/1/2010 hari tu. Wah.. Kena lebih bekerja keras. Apa2 pon, kisah cinta aku akan menjadi satu ikatan rasmi antara 2 keluarga menjadi fokus di awal 2011. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.. Sekian. TQ.


With my Lovely One

Cantik x? Cincin merisik aku? ;)