Sunday, July 25, 2010
Gadis Metro Di Karnival Gegaria Metro
Pada 24hb Julai yang lepas, CT Models & Beauty Studio diberi hak penganjuran untuk pertandingan gadis metro di karnival gegaria metro anjuran Harian Metro di Dataran Tanjung Emas, Muar. Rombongan kami bertolak dari Permas Jaya,JB pada jam 9 pagi seramai 17 org termasuk para model. Kami tiba di Dataran Tanjung Emas, Muar pada jam 12 tgh hari. Kami mengadakan pertandingan gadis metro di booth "RAP/ARENA". Pertandingan bermula jam 4 petang dan di hoskan oleh kumpulan Ketampi Raja Lawak. Pertandingan berjalan lancar dan mendapat sambutan meriah oleh pengunjung Karnival Gegaria. Ketika juri mengira pemarkahan sebelum penyampaian hadiah, kami berpeluang bermesra dengan artis yang hadir di booth "RAP/ARENA" utk mempromosikan album dan filem mereka antaranya ialah Sofaz, Kristal, Izwan Filus, Diana Danielle, Siti Sarah dan ramai lagi. Acara penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Kak Siti dari CT Models, dan Hanis dari Harian Metro. Sejurusnya tamat acara penyampaian hadiah kami terus berkemas dan pulang ke JB. Tahniah kepada para pemenang dan Terima Kasih kepada Harian Metro.








Monday, July 19, 2010
Rentak Juara 2010
Pada 17hb Julai 2010, aku berpeluang mengikuti rombongan penyokong D'ROUGH MIXTURE ke Seremban untuk menyaksikan aksi final Rentak Juara 2010 atas pelawaan Oge (Adik Nana). Kami bertolak jam 4 dari jb da tiba jam 8 di Seremban. Aksi final ini bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Komplek penyiaran Tunku Muhammad, RTM Seremban dan disiarkan secara langsung di RTM 2 Bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 11 malam. Aku berpeluang untuk menyaksikan aksi2 bertenaga para finalis, Enava, Enigmatic-6, Superfriends, D'rough Mixture, Alternature, Anthem, Car Crash Hearts, dan Brownees dari jarak dekat. Dan juga persembahan artis2 jemputan yg sgt menghiburkan oleh Ramli Sarip, Man Kidal, Fenomena, Aisunam, Azlan & The Typewriter dan juga Alleycats. Cuma aku bersetuju dengan kritikan dari salah seorang juri dan pengkritik yang mengatakan bahawa sound system di dlm dewan sgt mengecewakan. Kalau tidak persembahan para band dan artist jemputan tentu lebih MANTAP. Band yang kami sokong, D'rough Mixture hanya menduduki tangga ke-4 tetapi memenangi vocalist dan lagu terbaik. Ape2 pun aku akan tetap menyokong industri muszik tanah air. Sekian. TQ.





Friday, July 16, 2010
International Bridal Showcase
Berlabuh la sudah International Bridal Showcase Di Giant Hypermarket Plentong bermula dari 1hb Julai sehingga 11hb Julai 2010 anjuran CT Model & Beauty Studio dengan kerjasama Channel Event & Promotion dan Giant Hypermarket Plentong dan dirasmikan oleh YM Raja Norasyikin Hj Raja Ali, Ketua Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang pada 2hb Julai 2010. Antara Butik-butik pengantin dan rakan penyewa ialah ONE Dwi Nur Enterprise, SYURA Bridal House, Pondok Pesona Bridal Selection, Fables Bridal Couture, Venus Bridal Selection, Andaman Teluk Belanga Bridal, Sasa Essential, Alise Bridal Collection, Beriani House Kebun Teh, Andaman Sinar Pengantin. Majalah rasmi di taja oleh Tepak Sireh dan antara tajaan-tajaan lain ialah Putri Umno Bah. Pasir Gudang, Dorsett dan Estee-El. International Bridal Showcase adalah kali pertama diadakan di Giant Hypermarket Plentong dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung-pengunjung Giant. Di tambah pula dengan acara-acara menarik seperti Manhunt 2010, Jb Best Make Up Artist, Mask make over yang di anjurkan oleh Channel Event & Promotion, Kid Make Over yang di anjur kan oleh SASA Essential dan juga Puteri Anggun anjuran Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang. Acara penutup di meriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk pelanggan yang melanggan bridal2 ketika showcase berlangsung dan dimenangi oleh salah seorang pelanggan yg menempah pakej di SYURA Bridal House. Tahniah semua. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)