12.30 malam, April 02, 2010 Pak Cik Din Beramboi, iaitu pelawak dan celebriti yang terkenal di Malaysia telah pergi mengahadap ilahi. Aku amat berduka cita atas pemergian beliau. Beliau seorang yang kelakar, melawak dengan kreatif sehingga aku fikir tiada pelawak lain yang bisa seperti beliau. Lawak - lawak beliau walaupun berbunyi agak kasar kadang kala tapi dari pemikiran aku sebab itu lah lawak beliau amat menjadi dan yang mendengarnya amat terhibur. Beliau pandai menyesuaikan diri dengan situasi lawak yang beliau lakonkan. Dan lawak itu kebanyakan adalah spontan dari beliau. Jadi, pemergian beliau memang satu kehilangan bagi aku. Aku rindukan suara beliau setiap pagi di corong radio era bersama aznil. Aku rindukan lawak - lawak yang spontan beliau yang biasa di tatapkan untuk umum di tv. Aku akan sentiasa merindui Pak Cik Din Beramboi. Semoga roh beliau di cucuri rahmat.
Al - Fatihah~
Rest In Peace Pak Cik Din Beramboi.
Peminat Setia,
Qunalz