Wednesday, March 31, 2010

Untuk Apa Blog?

Blog? Untuk apa blog ni? untuk manusia - manusia lain menatap kisah kehidupan kita? apa keseronokan ber"blogger" ini? aku pun tidak tahu kenapa terdetik hati aku ingin membuka akaun blogspot ni. walhal, tidak ada yang menarik pon yang aku ingin tatapkan kepada umum. memandangkan ini 1st time aku menaip di laman blogspt ini, suka aku ingin memperkenalkan diri aku kepada umum. nama aku zainal abidin, anak pertama daripada lima adik beradik dari perkongsian hidup En Abdul Malik Hassan dan Seti Zaleha Kasmin. aku lahir pada tahun 1985, bulan Ogos tanggal 11. tahap pendidikan aku tidak setinggi mana. menghabiskan masa sekolah rendah aku di SK Pasir Gudang 2 dan bersekolah menengah di SMK Pasir Gudang 1. aku menyambung pelajaran di Institut Latihan Perindustrian, Pasir Gudang untuk memiliki sijil teknologi instrumentasi perindustrian dan seterusnya menamatkan pengajian aku dalam diploma keusahawanan untuk "HR" di Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya. bekerja dalam bidang Oil & Gas untuk pembikinan planta minyak di Pasir Gudang sebagai QC Inspector untuk Electrical & Instrument. aku juga mempunyai sebuah syarikat kecil bagi khidmat jurugambar, pereka graphic & website, event menagement & consultant, dan juga modeling. hobi aku pula bermain dengan kamera DSLR aku, melayari alam maya internet ini, dan tidak lupa juga menulis nukilan isi hati aku. kelakar bunyinya. andai ada kesempatan aku cuba tatapkan hasil tulisan aku di blog ini untuk tatapan umum. insyaALLAH. cukup sudah aku rasa untuk yang pertama kali ini.

Thank You
Qunalz.

No comments:

Post a Comment