Monday, July 19, 2010

Rentak Juara 2010

Pada 17hb Julai 2010, aku berpeluang mengikuti rombongan penyokong D'ROUGH MIXTURE ke Seremban untuk menyaksikan aksi final Rentak Juara 2010 atas pelawaan Oge (Adik Nana). Kami bertolak jam 4 dari jb da tiba jam 8 di Seremban. Aksi final ini bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Komplek penyiaran Tunku Muhammad, RTM Seremban dan disiarkan secara langsung di RTM 2 Bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 11 malam. Aku berpeluang untuk menyaksikan aksi2 bertenaga para finalis, Enava, Enigmatic-6, Superfriends, D'rough Mixture, Alternature, Anthem, Car Crash Hearts, dan Brownees dari jarak dekat. Dan juga persembahan artis2 jemputan yg sgt menghiburkan oleh Ramli Sarip, Man Kidal, Fenomena, Aisunam, Azlan & The Typewriter dan juga Alleycats. Cuma aku bersetuju dengan kritikan dari salah seorang juri dan pengkritik yang mengatakan bahawa sound system di dlm dewan sgt mengecewakan. Kalau tidak persembahan para band dan artist jemputan tentu lebih MANTAP. Band yang kami sokong, D'rough Mixture hanya menduduki tangga ke-4 tetapi memenangi vocalist dan lagu terbaik. Ape2 pun aku akan tetap menyokong industri muszik tanah air. Sekian. TQ.

No comments:

Post a Comment