Sunday, July 25, 2010

Gadis Metro Di Karnival Gegaria Metro

Pada 24hb Julai yang lepas, CT Models & Beauty Studio diberi hak penganjuran untuk pertandingan gadis metro di karnival gegaria metro anjuran Harian Metro di Dataran Tanjung Emas, Muar. Rombongan kami bertolak dari Permas Jaya,JB pada jam 9 pagi seramai 17 org termasuk para model. Kami tiba di Dataran Tanjung Emas, Muar pada jam 12 tgh hari. Kami mengadakan pertandingan gadis metro di booth "RAP/ARENA". Pertandingan bermula jam 4 petang dan di hoskan oleh kumpulan Ketampi Raja Lawak. Pertandingan berjalan lancar dan mendapat sambutan meriah oleh pengunjung Karnival Gegaria. Ketika juri mengira pemarkahan sebelum penyampaian hadiah, kami berpeluang bermesra dengan artis yang hadir di booth "RAP/ARENA" utk mempromosikan album dan filem mereka antaranya ialah Sofaz, Kristal, Izwan Filus, Diana Danielle, Siti Sarah dan ramai lagi. Acara penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Kak Siti dari CT Models, dan Hanis dari Harian Metro. Sejurusnya tamat acara penyampaian hadiah kami terus berkemas dan pulang ke JB. Tahniah kepada para pemenang dan Terima Kasih kepada Harian Metro.




No comments:

Post a Comment