Sunday, January 30, 2011

OneThreeZeroThreeTwoZeroDoubleOne

13.03.2011
Tarikh ni agak keramat sekarang bagi aku kerana tarikh aku akan bertunang dengan Noraini A Jamal yang telah dirisik oleh family aku pada 2.01.2011 yang lepas.
Berdebar-debar kerna aku akan melangkah ke satu keadaan yang lain dimana aku perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia mendirikan rumah tangga pula. Ketika bertunang ini juga ramai mengatakan saat-saat paling mencabar sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ketika ini kita akan lebih mengenali pasangan masing-masing dan memerlukan kesabaran dan sokongan moral yang tinggi dari kedua-dua belah keluarga.
Namun aku yakin kepada beliau. Aku akan mendapatkan kepesefahaman yang maximum dengan beliau sebelum kami berkahwin. Keputusan utk bertunang ini juga didorong oleh rasa cinta yang teramat sangat kepada beliau.
Disini, kepada sesiapa yang membaca aku mengharapkan doa kalian agar majlis pertunangan aku nanti akan berjalan lancar dan berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke jinjang perkahwinan dan seterus kekal sehingga akhir hayat.
Sekian.

2 comments:

  1. hehe..thank you d cz sudi jd teman sehidup semati mi..mi cintakan d sangat2..lebih dr segalenye..insyaallah hubungan kite ni akan kekal sehingga keakhir hayat..hidup mi adalah untuk d..mi nk d sntiase ade disisi mi walau cmne keadaan pn..cm 2 gak yg mi akan wt pd d..mi rase bersyukur yg xterhingge sgt2 cz dipertemukan gn d cz d lah insan yg berjaye menambat aty mi smpay cmni sekali..hanye tuhan je yg tau betape sayangnye mi pd d..cinta d sangat2..love u...love u...love u...banyak2..sayang d sangat2....muaaahhhhhhhh...

    ReplyDelete